Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati- hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu adalah salah satu sifat MUSLIMAH ISLAM...
(^_^)
Saturday, January 29, 2011
wahai muslimah..
Posted by Cahaya Nur Kasih at 3:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment