Tuesday, April 23, 2013
kaya dunia,kaya akhirat
Posted by Cahaya Nur Kasih at 5:26 AM 0 comments
Saturday, April 20, 2013
kesihatan ^_^
Ustaz Sharhan Shafie juga ada memberitahu tentang
kesihatan..baca surah Al-Anbiya ayat 83..baca 3 kali selepas solat..selepas itu
letak tangan di dada belah kiri dada dan cakap “ aku menerima ayat
ini,sembuhkanlah penyakit yang berada di dalam tubuh ku ini”
And (remember) Job, when He cried to his Lord, "Truly distress has seized me, but Thou art the Most Merciful of those that are merciful."
Posted by Cahaya Nur Kasih at 11:38 PM 0 comments
saka,jin dan sihir..
para sahabat..ustaz Sharhan Shafie juga berpesan sahabat juga boleh membaca surah perjanjian nabi sulaiman dengan jin untuk mengelakkan dari gangguan makhluk halus di kediaman sahabat..
Posted by Cahaya Nur Kasih at 11:28 PM 0 comments
hiasan sebuah kesabaran ^_^
DuniaMu Tuhan ...... penuh dengan segala macam hiasan
Hiasan yang mempunyai pelbagai rupa dan warnanya
Hiasan itu adalah satu nikmat yang terlalu berharga
Nikmat yang terkandung segala kisah suka dan duka
Sesuatu yang indah lagi mengembirakan sentiasa didambakan
Sesuatu yang sukar lagi menyiksakan , tiada ingin sekali pun sekadar angan-angan kosong
Namun keduanya tetap akan menyapamu wahai manusia ciptaan Yang Maha Agung
Biar pun kamu menolak mahupun menyenangi
Ia tetap menjengahkan dirinya menuntut KESABARAN yang tiada terhingga
Tiada sebarang harta dunia yang mampu mencapai penyelesaian melainkan KESABARAN
Seluruh akal bisa memahami maksud SABAR dari bahasanya
Namun mampukah hati mengerti SABAR pada lakunya dan tertampungkah jasad bertaut roh menjunjung SABAR yang sebenarnya
Subhanallah Maha Luas ilmu ALLAH SWT
IMANlah sahabat SABAR
IMANlah tonggak SABAR
IMANlah pencetus SABAR
SABAR itu separuh daripada IMAN
Segala yang zahir dan batin pasti ada arah tuju serta sebabnya
Maha Suci ALLAH dari segala yang menyekutukan
Rahsiamu bersalut sayang berhias kasih selamanya
Posted by Cahaya Nur Kasih at 10:22 PM 0 comments
Thursday, April 11, 2013
Posted by Cahaya Nur Kasih at 10:24 PM 0 comments
Wednesday, April 10, 2013
pelihara solatmu
Posted by Cahaya Nur Kasih at 10:30 PM 0 comments
Monday, March 11, 2013
doa ^_^
Ya Allah ya tuhan kami ( bagi diri kami anak-anak,zuriat,anggota keluarga dan umat-umatmu)
Dosa dan kesal;ahan kami ampunkan Ya Allah
Hajat-hajat kami kau tunaikan Ya Allah
Urusan kami kau mudahkan Ya Allah
Susah kami kau bantulah Ya Allah
Keperluan kami kau cukupkanlah Ya Allah
Permasalahan kami kau cukupkanlah Ya Allah
Beban kami kau ringankan Ya Allah
Kesedihan kami kau tutupkanlah Ya Allah
Akhlak dan peribadi kau baikilah Ya Allah
Penyakit-penyakit kami kau sembuhkanlah Ya Allah
Hidup kami kau bombing dan didiklah Ya Allah
Sesiapa yang menderhaka dalam kalangan kami dan anak-anak kami
,kau ampunkanlah dan pimpinlah Ya Allah
Keras hati kami kau lembutkan Ya Allah
Ibadah kami kau sempurnakan Ya Allah
Keluarga kami kau bahagiakan Ya Allah
Suami kami kau solehkan Ya Allah
Anak-anak kami soleh dan solehahkan lah Ya Allah
Anak-anak kami yang belum mendapat hidayah yang sempurna,kau sempurnakan hidayah kepada mereka Ya Allah
Jadikan zuriat kami,zuriat yang sentiasa mendoakan kami setelah kami mati Ya Allah
Peliharalah kami dari siksaan api neraka Ya Allah
Hindarkan kami dari segala kesesatan,kesejahteraan,kesejahteraan,fitnah dan penyakit-penyakit yang merbahaya Ya Allah
Kekalkanlah hidayahmu Ya Allah
Janganlah kau cabut hidayahmu daripada kami Ya Allah
Rabbana aatina fiddunya hasanah..
Waadkhilna jannnata ma’al abrar,Ya Aziz,Ya Ghaffar,Ya Rabbal alamin
Subhanaka rabbil ‘izzati’amma yasifun,wasalamun’alal mursalin,wa’ala alihi wasohbihi ajma’in
~kekuatan iman sepertimana kau kurniakan kepada Nabi Ibrahim
~Sembuhkan penyakit kami sepertimana kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub
~Lepaskan kami dari permasalahan kami sepertimana kau lepaskan masalah Nabi Yunus
~Kurniakan kami rezeki yang luas dan halal sepertimana kau kurniakan kepada Nabi Sulaiman
~Berilah keberkatan usaha seperti mana kau berikan kepada Nabi Musa
~Kurniakan kami akhlak yang mulia dan sopan sepertimana kau berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w
~Kurniakan kami rumahtangga yang bahagia dan diberkati sepertimana kau kurniakan kepada keluarga dan rumahtangga Saidina Ali dan Siti Fatimah
Posted by Cahaya Nur Kasih at 2:32 AM 0 comments



.jpg)