Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati- hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu adalah salah satu sifat MUSLIMAH ISLAM...
(^_^)
Saturday, January 29, 2011
wahai muslimah..
Posted by Cahaya Nur Kasih at 3:03 AM 0 comments
cinta,harapan7 doa
Kini CINTA bukan lagi misteri…… Karena di hatimu tlah kutemukan arti……. CINTA bukan pilihan dengan apa……. Tetapi dengan siapa hidup dijalani……. Bukan sekadar diucapkan….. tetapi untuk dirasakan…… Bukan mimpi-mimpi…… tetapi harapan……. Bukan berdebat…… tetapi bicara dan mendengar……. Bukan apa yang didapat…… tetapi apa yang diberikan…… Bukan apa yang dilihat…… tetapi apa yang tersentuh…….. TERASA DEKAT WALAUPUN JAUH CINTA bukan lembaran puisi…. tetapi KATA HATI…… Bukan pula rangkaian bunga…… melainkan UNTAIAN DO’A
Posted by Cahaya Nur Kasih at 2:52 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)